'Bini puaka' seret 2 siswa ke mahkamah

Tuesday, June 30, 2009

'Bini puaka' seret 2 siswa ke mahkamah
Abdul Rahim Sabri
Jun 30, 09
10:33am

Gara-gara didakwa menconteng perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, dua pelajar Universiti Malaya dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah yang bakal dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak.

Dua pelajar Akademi Pengajian Islam itu dihadapkan bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah bagi setiap pertuduhan selepas ia dibacakan di hadapan hakim Rosbiahanim Arifin.

Seorang pegawai penyiasat memberitahu Malaysiakini petang ini, kedua-dua pelajar itu dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 3 petang tadi.

Tiga suspek dicari

Kesalahan-kesalahan tersebut dipercayai dilakukan oleh lima orang, termasuk dua menconteng, dua mengawasi kawasan sekeliling sewaktu kejadian dan seorang lagi dianggap dalang perbuatan itu, kata pegawai polis tersebut yang enggan dikenali.

Polis sedang mencari tiga lagi suspek, termasuk presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin.

Mohd Izzuddin ditahan 4 pagi Rabu lalu, hari lawatan wanita pertama negara untuk menutup kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin di dewan utama Akademi Pengajian Islam (foto: perkataan telah dipadamkan).

rosmah grafiti caricarture universiti malaya 300609Sementara rakannya Mohd Syahruldeen pula ditahan keesokannya di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, kata pegawai penyiasat itu lagi.

Kedua-dua pelajar kini ditahan di penjara Sungai Buloh sementara diikat jamin RM5,000 setiap seorang esok.

Timbalan pendakwaraya Mazelan Jamaludin asalnya meminta jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh untuk semua pertuduhan, termasuk Seksyen 447 kanun yang sama atau kesalahan menceroboh.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum enam bulan penjara atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya.

13 Julai sebutan semula

Peguam kedua-dua tertuduh Mohamed Arfizi Mohd Ramli memohon jumlah tersebut dikurangkan kepada RM4,000 kerana kedua-duanya dari keluarga berpendapatan sederhana dan juga masih belajar.

Rosbiahanim menetapkan 13 Julai ini untuk sebutan semula kes itu.

Susulan siasatan terhadap kes tersebut, polis menggeledah empat rumah pelajar, termasuk sebuah yang disewa wanita, universiti tersebut.

Ketika dihubungi hari ini, exco kerohanian Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) Mohd Aizat Mohd Salleh bagaimanapun tidak dapat mengesahkan tujuan polis menggeledah.

Pada 26 Jun, sebuah rumah pelajar wanita di Seksyen 17 Petaling Jaya digeledah kira-kira sejam oleh empat anggota polis berpakaian biasa.

Polis merampas cat yang digunakan untuk membuat kain pemidang bagi menyambut kedatangan pelajar baru, Ahad lalu.

Keesokannya, polis menggeledah sebuah rumah pelajar lelaki di Seksyen 17 Petaling Jaya pada sebelah petang. Tiada rampasan dibuat.

Hujung minggu minggu, jam 3 pagi, sebuah lagi rumah pelajar di Seksyen 17 Petaling Jaya didatangi tiga anggota polis termasuk seorang berpangkat inspektor dengan membawa Izuddin Hilmi dan Mohd Sharuddin dalam keadaan bergari dengan berbaju tahanan lokap.

Tiada waran geledah

Kumpulan polis yang sama dengan dua suspek kemudian ke rumah pelajar lelaki di Seksyen 14 Petaling Jaya, kira-kira 3.30 pagi. Mereka berada lebih kurang setengah jam.

Mereka selepas itu ke rumah sewa lelaki Seksyen 17 Petaling Jaya, bagi kali kedua sejak 27 Jun lalu, lebih kurang jam 4 pagi.

Tiada rampasan di ketiga-tiga rumah tersebut.

Polis juga tidak menunjukkan sebarang waran geledah di semua rumah terbabit, kata Mohd Aizat lagi ketika diihubungi.

Beliau menjelaskan MPMUM sedang menyediakan khidmat guaman untuk kedua-dua pelajar tersebut.

rosmah mansor and anti rosmah videosRosmah sering diburuk-burukkan dengan label nama wanita Mongolia yang mati dibunuh menggunakan bom plastik C4. Beliau bagaimanapun menafikannya.

Sementara label liar "puaka" dipercayai ada kaitan dengan tiga klip video di internet yang melemparkan pelbagai tuduhan, termasuk melupakan adik angkat dan anak sendiri, selain kampung halamannya.

Rosmah atau Najib setakat ini belum memberikan sebarang ulasan.

Bagaimanapun beberapa laman web pro-Umno menafikannya. Satu laman web Malaysia Instinct mendakwa bercakap dengan Rosmah dan beliau menafikan pernah mengabaikan anaknya Azrene Soraya Abdul Aziz - daripada perkahwinan awal sebelum Najib.

Sewaktu dihubungi Malaysiakini hari ini, seorang pegawai Universiti Malaya berkata pihaknya tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan setakat ini.

"Biarkan polis kendalikan kes ini," demikian arahan yang diterima beliau, yang enggan dinamakan.

Sumber: Malaysiakini.com

Read more...

Gathering @ Putrajaya

Saturday, June 20, 2009

Salam...

Kehadiran gathering @ Putrajaya 20 Jun 2009:

1. Fadzli n Wahyuna (Tuan rumah)
2. Azral n famili
3. Hamidi n famili
4. Hafeez n isteri
5. Fizarahman
6. MKRiza
7. Khairudin n famili
8. Azliana Musa n famili
9. Waheeda Abbas n famili
10.Noormursyidah
11. Fatahiyyah Elias


Inilah host yang sporting... time kasih Fadzli dan Yuna, Hannan juga ye


Azimah berposing di samping bondanya, ayahndanya mana lak nih???



Ustazah Mursyidah dan Ustazah Fatahiyyah... segak bergaya depan juadah, hati2 kek kat bawak tu, nanti terpijak la plak



Sebuk berdiskusi apa lak tu yer? Isu Akil Hayy kawin dua ke??? hmmmm



Fiza masih menggaru kepalanya yang sudah botak... baru balik umrah tu...



Waheeda bersama suami dan anak



Hamidi bersama isteri (Zaimah) dan anak-anak... Muazz, Hajar dan Asma'...





Hajar nak kek ke??? Tunggu mak cik Ida potong yerrr



Azliana bersama suami (Ustaz Mad Hassan) dan 2 puteri dan 1 putera... :)


Gaya macho... dah kul 7 mlm ni... tak nak balik umah lagi ke hah??? Fadzli dah bagi isyarat pun tak paham2 yer


Kek yang Azral bawak... best, TQ Azral





Terima kasih pada Fadzli dan Wahyuna kerana telah sudi menjadi tuan rumah. Lain kali umah aqrabians lain pulak yer....

Buat Jas, jgn jeles yer... :)

Read more...

Info Gathering @ Putrajaya

Thursday, June 18, 2009

Salam,

(1) Berikut adalah details (setakat ini) perjalanan majlis:

Tarikh: 20 Jun 2009 (Sabtu)

Masa: 2.30 petang - 5.00 petang (anggaran)

Tempat: No. 8, Jalan P9B1/12, Presint 9, Putrajaya

(2) Direction rumah:

(a) Apabila sampai je Putrajaya, cari signboard Presint 9. Biasanya dia tulis macam ni (Presint 7 -11).

(b) Sampai Presint 9, cari Jalan P9B1 (tip: laluan Flet Hijau - dari stesen ERL, terus je, akan nampak Jalan P9B1).

(c) Sepanjang Jalan P9B1, masuk ikut Jalan P9B1/9 - Jalan ni bersebelahan dengan Apartmen Fasa 5 & 6 Presint 9 (Ini je jalan yang betul ke Jalan P9B1/12, masuk je jalan lain, eg Jalan P9B1/13 akan jumpa jalan mati). Kemudian jumpa Jalan P9B1/10, /11 dan hujung sekali Jalan P9B1/12. Jalan ni pun Jalan mati, kalau nak keluar kena ikut jalan masuk tadi. Cari rumah no.8.

(d) Parking rasanya cukup, tepi jalan mati, boleh muat 5 kereta. Parking rumah saya boleh muat 4 kereta (tolak 2 kereta ada 2 lagi boleh muat). Sepanjang jalan masuk ke Jalan P9B1/12 pun boleh parking bawah pokok atau tepi jalan). Tak de masalah kot. Yg penting boleh sampai tempat gathering.

(e) Kalau sesat gak tak jumpa, call lah kami untuk bantuan.
No. rumah (03-88905939) Fadzli (0163475687) Yuna (0122808648) .

(3) Menu tuan rumah: Soto, air, buah-buahan (tembikai)
Pot luck - makanan/minuman selain daripada di atas (tolong inform kami ya...)

(4) Hadiah - sorang anak RM5 - untuk tukar2 hadiah - jadi semua budak2 akan dapat 1.

Setakat ni yang dah confirm hadir (10 keluarga, +/- 30 orang)

Sekian dulu untuk kali ini.

Regards,

Mohammad Fadzli bin Ngatmi
Putrajaya

Read more...

Pre-Gathering 2009

Monday, June 1, 2009

Salam...

Dalam perbincangan dalam mailing list aqrab, nampak gayanya macam Pre-Gathering peringkat Lembah Klang dan kawasan sekitar akan diadakan pada 20 Jun 2009 di Putrajaya.

Terima kasih kepada Fadzli dan Wahyuna kerana sudi menjadi host.

Antara acara yang akan dilangsungkan ialah POT LUCK.

So, sukalah kiranya kepada sesiapa yang akan hadir untuk maklumkan pada penganjur menu makanan yang akan dibawa pada hari tersebut:

Kategori A : Makanan Berat Tambahan eg: Mee Sup, Keewtiau, Ladna, TomYam, Spagetti etc
Kategori B : Desert - Buah-buahan, ice cream, etc
Kategori C : Air Minuman

Kategori D : Bebas... Jajan atau apa-apa je lah..

Rasanya ukhti Ummai, Waheeda dan Paezah boleh la mula contact sahabat yang agak2 boleh datang ke Pre Gathering tu nanti. Azral dari Riyadh pun balik semata-mata nak attend Gathering nih.

Moga-moga Azral akan bawak ole-ole dari Riyadh... for sure, InsyaAllah...

Sila maklumkan dalam blog ini via comments site... shukran.

Read more...

Kemaskini Blog

Salam...

Blog master memohon maaf kepada para pengunjung kerana sudah lama tidak menerbitkan entri baru. Banyak komitmen dan urusan lain... maaf yer

Kepada aqrabians yang memiliki blog dan ingin di link kan di sini, sila maklumkan pada saya atau nyatakan link pada shoutmix, atau pada ruangan comment...

Kepada warga pendidik... Selamat Bercuti :)

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP