Gathering 2009

Monday, February 16, 2009

Salam semua...

Gathering Aqrab masih diperbincangkan. Cadangan agar pelaksanaan dibuat diperingkat zon terlebih dahulu, mendapat persetujuan ramai. Bicara santai, potluck, mandi manda, makan-makan menjadi aktiviti yang dirancang.

Semoga semua ahli diperingkat zon akan dapat mengadakan perjumpaan (liqo') dalam waktu-waktu yang dipersetujui ramai (berdasarkan keputusan zon), dan dipanjangkan perbincangan berkenaan cadangan Gathering 2009 kita nanti.

Sebarang cadangan tempat, pakej yang menarik dan apa-apa yang boleh menarik seramai mungkin ahli menyertai Gathering kita ini amat-amat dialukan.

Sebagai bingkisan semua, gambar kenangan yang diambil sewaktu Liqa' Mahabbah Aqrab tahun 2007. Mungkin gathering akan datang, jumlahnya akan pasti berganda, InsyaAllah.


Berdiri dari kiri: Azral, Suami Sazaliza, Nasrul, Najib, Ammar (anak), Hamidi dan Muazz (anak)
Duduk bersila dari kiri: Ruhaya dan anak-anak, Sazaliza, Ummi Nazrah (isteri Zukhairi), adik Hamidi, Zaimah (isteri Hamidi), Ummai dan Muaz.
Tiada dalam gambar: suami Ruhaya Mat Rabi dan Zukhairi (tukang amik gambar)

Read more...

Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia

Monday, February 9, 2009

BATU GAJAH ,9 Feb (Hrkh) - Ahli Parlimen Bukit Gantang, Haji Roslan Shaharum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.00 tengah hari tadi ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah.

Beliau yang tinggal di Changkat Larang, Batu Gajah menghadapi masalah kesihatan sekembalinya daripada luar negara, demikian menurut Pegawai Khas beliau, Shaharudin Ahmad Sani kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Shaharudin mengendalikan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bukit Gantang di Markas PAS Air Kuning, Taiping.

Parlimen Bukit Gantang mempunyai tiga DUN iaitu Changkat Jering, Trong dan Sepetang.

"Dalam lawatan beliau ke Taiwan sebelum ini, beliau pernah dimasukkan ke hospital Taiwan atas masalah gula yang tinggi.

"Apa-apa maklumat terkini saya akan sampaikan," kata Shaharudin ketika dihubungi semasa dalam perjalanannya ke Batu Gajah.

Difahamkan wakil rakyat berusia 50 tahun itu dikatakan telah menghantar keretanya ke sebuah pusat cucian kereta berhampiran rumahnya di Changkat Lalang dekat Batu Gajah.

Kemudian, selepas mengadu sakit dada beliau meminjam basikal milik pekerja pusat tersebut untuk ke farmasi bagi mendapatkan ubat.

Roslan, 50, ditemui terjatuh di bahu jalan oleh ramai kira-kira pukul 11.15 pagi, kata Ketua Polis Batu Gajah, ACP Najib Mohamad.

Dalam pada itu, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin memberitahu kira-kira pukul 1.20 tengah hari bahawa jenazah berada di Hospital Batu Gajah.

Roslan pernah berkhidmat sebagai Pengarah Sumber Tenaga Manusia dan Pentadbiran di Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan pernah juga berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia, Universiti Terbuka Malaysia dan Universiti Teknologi Mara di Perak.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Safiah Harun dan mempunyai 11 orang anak.

Malam tadi difahamkan semasa perhimpunan rakyat di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, Allahyarham kelihatan seperti biasa, bergurau berjenaka bersama rakan-rakan yang lain. Beliau yang juga pengamal pengubatan Syifaq amat disenangi oleh kawan dan lawan kata seorang kenalan.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dibawa ke rumahnya di Kampung Changkat Larang, Pengkalan Pegoh.

Pada pilihan raya unmum ke-12 8 Mac lalu, Roslan memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,566 undi.Allahyarham memperoleh 20,015 undi manakala calon BN, Abdul Azim Mohd Zabidi (Umno) menerima 18,449 dan calon Bebas, M. Morgan mendapat 872 undi.

sumber: www.harakahdaily.net

Read more...

Majlis Aqiqah Anak Khairuddin Rais

Sunday, February 8, 2009

Assalamualaikum.,..

Saudara khairuddin ajak warga aqrab yang berkelapangan untuk hadir ke Majlis Aqiqah yang akan diadakan pada:

Tarikh: 14 Feb 2009
Hari : Sabtu
Masa : Jam 11 pagi
Alamat :13, Jalan Budiman 4/3, Taman Putra Budiman, 43300, Seri Kembangan, Selangor.

Jadi, kepada sahabat yang nak hadir, sila maklumkan kepada beliau di talian 0133687652.

Jemputan beliau melalui emel aqrab:

Hmm..saya akan buat kenduri aqiqah di rumah saya pada 14 hb Feb ni. Utk geng-geng aqrab KL dan Selangor, atau mana2 zon yang leh datang...saya jemput ke rumah saya yang beralamat di :
13, Jalan Budiman 4/3, Taman Putra Budiman, 43300, Seri Kembangan, Selangor.
Umah saya dekat ngan Gita Bayu..kalau geng2 yang keje putrajaya, mesti biasa ngan Wisma Minlon aka Macy...umah saya masuk kut simpang situ. Kalau shabat2 leh datang, kita leh buat pre-gathering. Utk kehadiran, mintak confirmkan via email...tulis le nama kat mailing list aqrab..senang sket saya nak bajet utk geng2 kita. No phone saya 0133687652.. .
BR
Khairuddin, Mastura dan Raihana

Read more...

Up-date Blog

Assalamuaikum

Sahabat aqrab yang dikasihi...

Tiada apa yang menarik lagi di sini, kami sedang dalam proses untuk mencari mood dan ide yang sesuai untuk diselitkan di dalam blog kita ini.

Terima kasih kepada Ummai yang sudi menambahbaikkan blog aqrab nih... Semoga bolg ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Salam buat semua... sama-sama kita nantikan gathering yang akan kita laksanakan nanti... InsyaAllah

Read more...

Mula dari bawah...

Monday, February 2, 2009

Salam sahabat...

Blog ni sebenarnya nak tambahkan lagi medan tuk kita berbual bicara dan berkongsi rasa. Harapnya, lepas ni semua leh sumbangkan apa-apa yang menarik untuk di kongsi bersama.

Selain daripada mailinglist yang sudah lama tersedia, kita masih ada blog, facebook utk menjalinkan silatur Rahim ini...

Tapi, semuanya bermula daripada bawah... saya cuma mencetus, harap lepas ni kepada sahabat2 yg sempat post atau update...ahlan wa sahlan... akan saya hubungi kalian untuk membantu.

Segala idea dan cadangan amat dialukan demi menyemarakkan lagi agenda kita.

Salam ukhuwwah berisi Mawaddah dan Mahabbah

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP