Khabar dari Asfani.......

Monday, August 3, 2009

Assalamualaikum. ....

Ramai teman-teman bertanyakan tentang ujian yang menimpa keluarga kami...Kami sekeluarga memohin maaf kerana tidak dapat membalas email dengan segera lantaran kesibukan dalam menguruskan anak dan kerjaya.

Tanggal 20hb julai 2009, maka genaplah 5 bulan kelahiran anak kami yang bernama Amir Fawwaz bin Khairul Asfani. Namun, pada tarikh tersebut Allah menguji keimanan kami terhadap qada' dan qadar-Nya.

Anak saya telah mengalami sawan dan muntah-muntah yang begitu teruk. Kami terus menghantarnya ke wad kecemasan di Hospital Kepala Batas pada pukul 5 petang. Tak sampai 2 jam, anak saya terus dipindah ke Wad Kanak-Kanak di Hospital Seberang Jaya dan diletakkan dibawah jagaan rapi Pakar Kanak-Kanak (Dr Anggeline). Isteri terus menemaninya dan saya pulang ke rumah untuk menguruskan abaangnya iaitu Aiman Syafiq.

Jam 1 pagi saya mendapat panggilan isteri saya yang menyatakan anak saya terlalu kritikal dan Dr Pakar mencadangkan anak saya perlu dibawa ke Hospital Pulau Pinang. Mereka mengesyaki ada sesuatu berlaku pada otak anak kami.

Kami tiba di HPP tepat jam 3 pagi wad PICU dan berdasarkan CT scan, Dr Adam dan Dr Gurmit (Pakar Neuro) mengesahkan ada pendarahan dalam otak yang amat kritikal dan perlu dibuat pembedahan segera dikepala. Kemungkinan besar kecederaan itu berlaku kerana terjatuh dari tempat yang tinggi. Mendengar sahaja cadangan tersebut, remuk rendam hati kami berdua memandang anak kami masih kecil dan pembedahan tersebut mempunyai risiko yang tinggi.

Kami diminta untuk membuat laporan polis terhadap pengasuh dan mendakwanya atas faktor kecuaian. Akan tetapi saya mengambil keputusan untuk menutup kes tersebut memandangkan kami sendiri tidak pasti bilakah dan dimanakan peristiwa itu berlaku. Dan tidak mahu menimbulkan masalah yang pula. Kami redho apa yang berlaku.

Dengan nama Allah, dan tawakkal kepada-Nya, saya menandatanngani surat setuju terima pembedahanan dan Amir Fawwaz dibawa masuk ke bilik pembedahan neuro tepat jam 12 tengahari. Bemula jam 5 pagi sehingga ke bilik pembedahan kami berdua tidak berhenti membaca surah Yasin dan berdoa disamping doa sahabat-sahabat dan sanak saudara terdekat.

Pada jam 2 petang anak saya dibawa keluar dari bilik pembedahan dan di masuk ke dalam PICU selama 3 hari dan wad C2 selama 4 hari. Sepanjang berada, isteri saya terpaksa mengambil cuti selama seminggu untuk menemaninya. Ramai teman satu sekolah, sanak saudara, sahabat di JPN dan PPD, jiran tetangga, anak murid dan sahabat di utara datang melawat. Terima kasih kerana memberi sokongan jiwa dan kewangan.

Alhamdulillahm kini hampir satu bulan lebih, Amir Fawwaz telah sihat dan tetap ceria. Namun perkembangan psikomotonya terbantut seperti bayi berusia 3 bulan. Dia masih belum mampu berpusing badan, duduk dan mengambil sesuatu dengan tangannya. Setiap 2 minggu kami membuat fisioterapi di HKB dan temujanji dengan Pakar Kanak-Kanak di HSJ serta Pakar Neuro dan Pakar Mata di HPP sebulan sekali.

Doakan kami agar sentiasa tabah dalam menghadapi ujian ini dan doakan agar Amir Fawwaz sihat kembali seperti kanak-kanak normal lain yang seusia dengannya.

Salam dari Asfani & Hidayati,
Penang

2 comments:

Cahaya Nur August 4, 2009 at 1:22 PM  

Pembetulan pada tarikh Ameer dimasukkan ke Hospital pada 20 Jun, dan bukannya Julai iaitu pada hr Sabtu whereby pd hari Ahad di rumah kami ada Majlis Bacaan Yassin tanpa kehadiran Asfani sekeluarga cuma Aiman yang ada menceriakan suasana yang suram.

Anonymous May 24, 2010 at 9:04 AM  

macamana keadaan ameer sekarang?

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP