ربيع الأول 12

Sunday, March 8, 2009

Ya Rasulallah.. kami ummatmu..walau tak pernah melihat wajahmu..
Kami cuba mengingatimu .. dan kami cuba mengamal sunnahmu...

HIKMAH NABI MUHAMMAD S.A.W DILAHIRKAN PADA BULAN RABI'UL AWWAL

Ibnu al Haj berkata : Apakah hikmah Rasulullah S.A.W dilahirkan pada bulan Rabi'ul Awwal dan pada hari Isnin? Kenapakah Rasulullah S.A.W tidak dilahirkan pada bulan Ramadhan iaitu pada masa al Quran diturunkan dan terdapatnya malam Lailatul Qadar atau pada malam Nisfu Syaaban atau hari Jumaat? Maka jawapannya adalah seperti berikut :

Sepertimana yang didatangkan di dalam hadis bahawa Allah telah menjadikan pokok-pokok kayu pada hari Isnin. Maka kelahiran Rasulullah pada bulan Rabi'ul Awwal adalah seperti tumbuhnya pokok-pokok tersebut yang memberikan makanan yang dapat dimakan sepanjang tahun dan untuk kesenangan hidup.

Pada lafaz RABI" ( ربيع) itu sendiri memberi makna yang baik dan bermakna musim bunga. Abu Abdur Rahman al Haqli berkata : Bagi setiap manusia pada namanya terdapat habuannya.
Musim bunga adalah seadil-adil dan seelok musim. Begitu juga syariat yang dibawa oleh ٌRasulullah adalah seadil-adil syariat dan semudah-mudahnya...

NAMA MUHAMMAD TIADA SEBELUMNYA

Setelah Rasulullah dilahirkan, ibunya memberitahu datuknya Abdul Mutalib mengenai kelahiran cucunya. Dia datang dan menyambutnya dengan penuh perasaan gembira dan memberi nama MUHAMMAD. Nama inilah yang akan menggemakan dunia dengan sinaran tauhid dan hidayah.
Ilham daripada Allah turun ke dalam fikiran Abdul Mutalib untuk menamakan cucunya dengan sebutan MUHAMMAD. Nama ini tidak pernah dikenal sebelumnya di kalangan bangsa Arab.

Ibnu Qutaibah berkata, " Termasuk tanda kenabian baginda adalah tidak pernah ada seorang pun sebelum Nabi S.A.W yang diberi nama dengan nama MUHAMMAD. Ini adalah bukti penjagaan daripada Allah terhadap nama yang indah ini...

ٌRujukan : Buku Biografi Bercahaya Muhammad Rasulullah S.A.W

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP