Apa Istimewanya Bukit Selambau???

Sunday, March 29, 2009

Lintas langsung dari Bukit Selambau

Mohd Sabri Said,Bashir Ishak & Izwan Abdul Halim
Sun | Mar 29, 09 | 10:09:11 am MYT

BUKIT SELAMBAU, 29 Mac (Harakah) - Berikut adalah perkembangan terkini yang dibawa oleh wartawan Harakah di Pusat Penamaan Calon untuk Pilihan raya kecil Bukit Selambau.

12.00 tgh: SPR umumkan seramai 15 calon sah bertanding di Dun Bukit Selambau. Sebanyak 9 bantahan diterima tetapi kesemuanya ditolak.

11.00 pagi: SPR umumkan masa bantahan telah ditutup.

10.30 pagi:Seramai 13 calon bebas telah mendaftar untuk bertanding menentang calon BN dan KeADILan dalam pilihan raya kecil Dun Bukit Selambau pada 7 April nanti.

10.00 pagi: Masa pencalonan telah tamat. Masa bantahan bermula dan borang calon-calon mula dipamerkan.

9:35 pagi: Calon Bebas ke-14, A. Jayagopal tiba di pusat penamaan calon.

9:25 pagi: Calon Bebas ke-13, Tan Hock Huat tiba di pusat penamaan calon.

9:15 pagi: Calon BN, Datuk S. Ganeson tiba dan jumlah itu mencukupkan 12 calon yang dijangka bertanding.

Walaupun suasana di luar kawasan calon begitu riuh rendah dengan sorakan penyokong-penyokong dari parti lawan. Bagaimanapun, keadaan terkawal dengan pemantauan pihak polis.

9:00 pagi: Rombongan BN berjumlah kira-kira 3,000 orang tiba. Rombongan itu diketuai oleh Naib Presiden Umno baru, Dato'k Seri Hishammuddin diiringi oleh Ketua Wanita Umno, Dato' Seri Shahrizat Jalil dan Presiden MIC Dato' Seri S. Samy Vellu.

9:00 pagi: Proses penyerahan borang pencalonan bermula dan ia berlangsung selama sejam.

8:45 pagi: Calon Bebas wanita tunggal, L. Sarala tiba di pusat penamaan calon.

8:40 pagi: Calon KeADILan, S. Manikumar diringi oleh Azmin, ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong, ahli Parlimen Bukit Mertajam Chong Eng dan ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar.

8:40 pagi: Calon Bebas, R.Loganathan tiba di pusat penamaan calon.

8:35 pagi: Calon Bebas, Radzi Md razif tiba di pusat penamaan calon.

8:30 pagi: Ketibaan calon bebas, Mohd Fazil Abdul Wahab di pusat penamaan calon.

8:25 pagi: Rombongan Parti KeADILan tiba diketuai Naib Presidennya, Azmin Ali. Ketibaan mereka diiringi dengan tarian naga dan paluan gendang.

Turut mengiringi rombongan tersebut ialah Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa,Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua, Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin, ahli Parlimen Kapar S.Manikavasagam dan ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan.

Menurut Azmin, rombongan yang hadir pada pagi ini berjumlah sekurang-kurangnya, 20,000 orang.

8:15 pagi: Calon Bebas, S.Mogankumai tiba di pusat penamaan calon.

8:10 pagi: Calon Bebas, Abdul Rahim Abu tiba di pusat penamaan calon.

8:05 pagi: Calon Bebas, M.Vaneson tiba di pusat penamaan calon.

7.50 pagi: Suasana sekitar pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1 masih lengang tanpa kehadiran penyokong calon yang bertandng.

Bagaimanapun kelihatan beberapa kumpulan penyokong telah mula berarak masuk ke kawasan penamaan calon.

Sementara itu juga terdapat sebuah helikopter polis sedang membuat tinjauan di udara.

7:35 pagi: Calon Bebas, Anuar Abdul Hamid, tiba di pusat penamaan calon.

7:30 pagi: Calon Bebas, T. Chandrarajah, tiba di pusat penamaan calon.

7:20 pagi: Calon Bebas, Husaini Yaacob tiba di pusat penamaan calon.

7.00 pagi: Pertama kali dalam sejarah pilihan raya, penyokong kedua-dua pihak diletakkan terlalu jauh sehingga tidak dapat dilihat antara satu sama lain.

Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis berkemungkinan mengambil pendekatan tersebut untuk menghalang sebarang provokasi antara satu sama lain.

Ini berkemungkinan bimbang dengan Umno-BN dimalukan ekoran beberapa insiden yang menimpa kepimpinan mereka sejak akhir-akhir ini.

------Komentar-------

Apa sebenarnya isu disebalik 15 calon ini? Propaganda BN untuk memecahkan undi, atau sememangnya timbul isu tidak puas hati rakyat di sana???

Nantikan lah perkembangan sehingga 7 April ini...


Read more...

Kena Gantung Lagi???

Wednesday, March 25, 2009

Pakatan Rakyat serah memorandum bantah gantung Harakah dan Suara Keadilan

Irwan Muhammad Zain | Foto Nasir Sudin
Wed | Mar 25, 09 | 4:13:33 pm MYT

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Hrkh) - Pakatan Rakyat hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung penggantungan permit Harakah dan Suara Keadilan.

ImageKetiga-tiga parti gabungan Pakatan Rakyat diwakili oleh Ketua Penerangan PAS Pusat Dato' Mahfuz Omar, Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua dan Timbalan Setiausaha Publisiti Nasional DAP Teo Nie Ching.

Mahfuz dalam ucapan ringkasnya mendesak agar dihapuskan kuasa Menteri Dalam Negeri menggantung atau menarik balik permit sesebuah akhbar.

"Sudah tiba masanya kuasa memberi dan menarik permit sesebuah penerbitan bercetak diserahkan kepada mahkamah bukan kepada menteri.

"Jika kuasa masih berada di tangan menteri, apa yang berlaku hari ini akan berulang lagi di mana tindakan menggantung permit Harakah dan Suara Keadilan yang jelas bermotif politik," tegas beliau.

ImageBeliau juga menegaskan Malaysia perlu mencontohi negara-negara maju yang lain di mana sesiapa saja atau mana-mana pertubuhan boleh menerbitkan akhbar dengan syarat perlu sanggup menghadapi risiko diheret ke mahkamah.

Jika situasi itu dibenarkan di negara ini tegas Mahfuz, perkembangan informasi dan sebahagian dari kedaulatan demokrasi dapat ditegakkan.

Sementara itu, Tian Chua pula menegaskan tindakan terbaru Kementerian Dalam Negeri ini dibuat ekoran daripada piliharaya kecil yang bakal diadakan di tiga tempat.

Tegas beliau, KDN hingga hari ini masih gagal membuktikan dimanakah kewajaran tindakan tersebut dibuat dan tidak dapat membuktikan berita atau rencana yang mana yang berunsur fitnah.

"KDN telah bertindak tanpa mempedulikan hasrat rakyat yang mahu merayakan informasi dengan sebebas-bebasnya," tegas beliau.

ImageManakala Nie Ching pula mendesak agar KDN tidak lagi bertindak seperti hakim yang menghukum mana-mana akhbar yang tidak sehaluan dengan kerajaan tanpa mempedulikan kepentingan untuk menjaga kebebasan media.

"Tindakan KDN ini juga telah menyekat parti-parti pembangkang daripada menyalurkan informasi kepada ahli-ahlinya," tegas beliau.

Harakah dan Suara Keadilan merupakan lidah rasmi PAS dan KeADILan yang digantung permitnya selama tiga bulan bermula 23 Mac lalu manakala DAP yang memiliki akhbar Roket pula tidak disambung permit penerbitan hingga ke hari ini.

Memorandum bantahan Pakatan Rakyat itu diterima oleh Setiausaha Suhakam, Hashimah Nik Jaffar.

Turut hadir Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob, Setiausaha Agung PAS Pusat Dato' Kamaruddin Jaffar, Bendahari PAS Dr Hatta Ramli, Timbalan Ketua Angkatan Muda KeADILan Fariz Musa, Ahli Pimpinan Tertinggi KeADILan Badrul Hisham Shahrain dan beberapa pimpinan lain.


Read more...

Azabnya... tak ketahuan

Thursday, March 19, 2009

--

Dari: Nor Wahidah Abbas (anakbulan)



NERAKA…Beberapa Nama Jahannam…BACA DAN FIKIR-FIKIRKAN…


SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA...........


Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT
? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

Read more...

Memori 2003

Monday, March 16, 2009

Sesi Fotografi Aqrabian sesi 2003

Dah 6 tahun berlalu... begitu pantas usianya. Kalau dihitung dengan usia seorang anak, tahun depan dah nak masuk sekolah darjah satu... Kenangan yang sukar dilupakan... Terima kasih kepada sahabat Aqrab yang sudi datang bergambar besar-besaran suatu ketika dahulu... Kini ia jadi memori dalam diari hidup kita...

Tahniah buat semua warga Aqrabian... walau di mana kalian berada...

Sesi lambung 'cap' tinggi-tinggi... jgn sangkut kat bumbung DTC udah ler...

Bila berjauhan dikenang-kenang... begitulah lumrah kita ye tak?

Read more...

Segak-segak Semuanya...

Sunday, March 15, 2009

Salam semua warga Aqrab,

Entry kali ni plak, saya nak imbau kenangan masa zaman muda. Gambar ni diambil semasa kami sedang bersiar-2 di tepi pantai. Lokasi penggambaran di Kuala Terengganu. Masa tu, kami datang untuk sesi ikrar aku janji rakan se'segak' 27 yang berkursus di KT. Kami ni golongan yang terawal berkursus. So, datang nak meriahkan majlis la...

Petang sebelum acara aku janji, kami jalan-jalan tepi pantai. Urusetia tak bagi lalu lalang sekitar dewan kursus, takut mengganggu. So, apa lagi... tengok la aksi dan gelagat dalam gambar ni... Terserlah keseronokan dan kemanisan dalam berukhuwwah... percayalah
Keterangan gambar:

1: Pose menarik dari Faisal, Esri, Midi, Nazib, Najman, Suharimi (24), Fairus dan Ipul,
(duduk plak) Arisan, Krie dan Fared


2: Semangat berkawad...

3: Lari-lari ukhuwwah namanya nih. tengok tu, semua tengah slim2 lagi, baju pun saiz L je

4: Kenangan selesai hadir Kursus TTA di Masjid USJ, Subang Jaya...
(belakang sekali) Nazib, Arisan, Wajdi (tengah): Fuad, Pakku, Apiet, Faizal, Krie, dan Azman (dpn sekali): Fadzli, Hamidi, Hasdi, Faisal dan Ali



Read more...

Dulu Lain...Sekarang lagi la lain

Teka gambar... kenali la mereka... lama tak jumpa



gambar umah Kak Salmy Edawaty

Geng Merempit... huhu, jangan mare



cuba teka, sapa yang kawin???
yang lelain tu, bujang opss... anak dara trang tang tang
dulu la... skrang ni dah jadi bibik dan mak orng daaahh

Kenyang la tuh... ish, anak dara kuar malam-malam tak elok tau...


Kak Salmy dengan bala tenteranya... Alhamdulillah, murah rezeki dia


Sebenarnya gambar-gambar ni 'curik' kat fb KWan... tak mintak izin pun... hehehe, sory ye KWan... kalau ada sahabat2 yg nak upload gembar lama-2 yg mengimbau kenangan, sila lah send kat saya yer...

Kepada semua cikgu cikgi.... SELAMAT BERCUTI...

Read more...

Antara Hak dan Kuasa...

Friday, March 13, 2009

" Buletin utama tv3 jam 8.00 malam ini sekali lagi telah membohongi rakyat Malaysia dan Kelantan khasnya apabila menyatakan pelajar terbaik SPM 2008 peringkat negeri Kelantan adalah pelajar dari SMKA Naim Lilbanat.

Sedangkan beliau adalah dari Maahad Muhammadi Lilbanat (Perempuan). Sebuah sekolah agama kerajaan negeri Kelantan. Rakaman temuramah sebenarnya dibuat di dewan sekolah tersebut di Jalan Merbau, Kota Bharu bukannya di Pasir Mas yang turut dihadiri oleh Yang Berhormat pengerusi jawatankuasa pendidikan, pembangunan islam dan dakwah negeri kelantan. Cukuplah pembohongan tv3.

send to feedback@tv3.com.my

jahat tv3!

http://missnureen.blogspot.com/2009/03/nidoking.html

sumber: tranungkita

updated by: mohaz79

Read more...

PPSMI... wajarkah diteruskan???

Antara Gambar-gambar yang ada...
Untuk tatapan semua pemikir... terutama MamaWafiq di UK sana






















updated by: mohaz79

Read more...

Tahniah...

Prestasi SPM membanggakan


NIK Nur Madihah yang memperoleh 19 1A dan 1 2A dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan bersama bapanya, Nik Mohd. Kamal Husin dan ibu, Mariani Omar.


PUTRAJAYA 12 Mac – Seramai 10,080 daripada 442,936 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 di seluruh negara berjaya memperoleh kelulusan 10 A atau lebih dalam mata pelajaran yang diambil.

Sebanyak 1,676 calon atau 0.43 peratus pula berjaya mendapat gred 1A dalam semua mata pelajaran yang diambil dengan seorang calon berjaya mencatat 16 1A, 15 1A (dua orang) dan 14 1A (enam orang).

Mereka yang memperoleh 9 A pula seramai 5,863 calon, manakala 5,909 lagi mendapat 8 A.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom ketika mengumumkan keputusan peperiksaan itu hari ini berkata, daripada jumlah keseluruhan calon, seramai 347,443 atau 90.8 peratus calon mendapat sijil SPM.

Selain itu, katanya, seramai 6,277 calon atau 1.6 peratus berjaya dengan cemerlang memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 5,060 (1.31 peratus) pada 2007.

Menurut beliau, pada keseluruhannya, pencapaian calon SPM terutama calon sekolah di bawah kementerian adalah membanggakan dan mengatasi pencapaian tahun sebelumnya.

‘‘Pencapaian mereka meningkat dari segi peratusan bilangan memperoleh sijil, mendapat semua A dan lulus semua mata pelajaran yang diduduki.

‘‘Pencapaian tersebut adalah stabil seperti mana pencapaian tahun-tahun sebelumnya,” kata beliau pada sidang akhbar pengumuman keputusan SPM 2008 di pejabatnya di sini.

Dalam peperiksaan tersebut, seramai 388,079 atau 87.6 peratus adalah calon sekolah kementerian, manakala selebihnya adalah calon sekolah kerajaan negeri, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kementerian Pertahanan, sekolah swasta dan persendirian.

Mengenai prestasi mata pelajaran teras, Alimuddin berkata, Bahasa Melayu mencatatkan kenaikan kepada 25.4 peratus bagi calon yang mendapat gred A1 dan A2 berbanding tahun 2007 (23.7 peratus).

Katanya, mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral, masing-masing mencatat peningkatan 2.8 peratus dan 3.8 peratus.

Tambah beliau, subjek Matematik pula mencatatkan sebanyak 26.5 peratus pelajar mendapat gred 1A-2A dengan peningkatan 1.1 peratus, manakala Sains meningkat ketara iaitu 3.1 peratus apabila 6.9 peratus pelajar mendapat gred 1A-2A.

Bagaimanapun, jelas beliau, prestasi pencapaian Bahasa Inggeris menurun sebanyak 1.6 peratus bagi calon yang mendapat gred 1A-2A, manakala Pendidikan Islam menurun 5.4 peratus.

Alimuddin seterusnya berkata, keputusan SPM 2008 turut menunjukkan jurang perbezaan pencapaian antara murid bandar dan luar bandar telah dapat dirapatkan.

‘‘Ini dapat dilihat daripada kenaikan prestasi mata pelajaran daripada 2007 ke 2008 yang lebih tinggi di luar bandar berbanding bandar.

‘‘Begitu juga penurunan peratus bilangan calon mendapat gred 9C (Gagal) lebih tinggi di kawasan luar bandar berbanding bandar,” katanya.

--------------------------------------------------------------------

KOMEN: Kenapa Nik Madihah ni tak disenaraikan sebagai Pelajar Terbaik Kebangsaan??? Keputusan yang tertinggi yang dicatat hanyalah 16 1A...

Sebabnya:

1- Nik Madihah dari sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK)

2- Keputusan Nik Madihah ditahan dan dilengahkan oleh JPN.

3- Kementerian taknak iktiraf pelajar dari YIK, apatahlagi dari Kelantan,

4- Kes tahun 2006 berulang lagi... Siti Fatimah dari Maahad Muhammadi juga tak iktiraf pelajar Terbaik Keseluruhan bila dapat 19A (181A 1 2A)...

5. Suka hati depalah...baca kat harakah...baru best

updated by: mohaz79

Read more...

Khutbah Terakhir

Tuesday, March 10, 2009

dipetik daripada blog abuierfan...

Antara isi / kandungan penting yang dipetik dari khutbah terakhir Rasulullah SAW - disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. (Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih) Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu.

“Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”. (Al-Maidah-3)

Ayat Terakhir yang diwahyukan Allah SWT ke atas Baginda Rasulullah SAW tidak lama selepas Khutbah Wida'

Read more...

ربيع الأول 12

Sunday, March 8, 2009

Ya Rasulallah.. kami ummatmu..walau tak pernah melihat wajahmu..
Kami cuba mengingatimu .. dan kami cuba mengamal sunnahmu...

HIKMAH NABI MUHAMMAD S.A.W DILAHIRKAN PADA BULAN RABI'UL AWWAL

Ibnu al Haj berkata : Apakah hikmah Rasulullah S.A.W dilahirkan pada bulan Rabi'ul Awwal dan pada hari Isnin? Kenapakah Rasulullah S.A.W tidak dilahirkan pada bulan Ramadhan iaitu pada masa al Quran diturunkan dan terdapatnya malam Lailatul Qadar atau pada malam Nisfu Syaaban atau hari Jumaat? Maka jawapannya adalah seperti berikut :

Sepertimana yang didatangkan di dalam hadis bahawa Allah telah menjadikan pokok-pokok kayu pada hari Isnin. Maka kelahiran Rasulullah pada bulan Rabi'ul Awwal adalah seperti tumbuhnya pokok-pokok tersebut yang memberikan makanan yang dapat dimakan sepanjang tahun dan untuk kesenangan hidup.

Pada lafaz RABI" ( ربيع) itu sendiri memberi makna yang baik dan bermakna musim bunga. Abu Abdur Rahman al Haqli berkata : Bagi setiap manusia pada namanya terdapat habuannya.
Musim bunga adalah seadil-adil dan seelok musim. Begitu juga syariat yang dibawa oleh ٌRasulullah adalah seadil-adil syariat dan semudah-mudahnya...

NAMA MUHAMMAD TIADA SEBELUMNYA

Setelah Rasulullah dilahirkan, ibunya memberitahu datuknya Abdul Mutalib mengenai kelahiran cucunya. Dia datang dan menyambutnya dengan penuh perasaan gembira dan memberi nama MUHAMMAD. Nama inilah yang akan menggemakan dunia dengan sinaran tauhid dan hidayah.
Ilham daripada Allah turun ke dalam fikiran Abdul Mutalib untuk menamakan cucunya dengan sebutan MUHAMMAD. Nama ini tidak pernah dikenal sebelumnya di kalangan bangsa Arab.

Ibnu Qutaibah berkata, " Termasuk tanda kenabian baginda adalah tidak pernah ada seorang pun sebelum Nabi S.A.W yang diberi nama dengan nama MUHAMMAD. Ini adalah bukti penjagaan daripada Allah terhadap nama yang indah ini...

ٌRujukan : Buku Biografi Bercahaya Muhammad Rasulullah S.A.W

Read more...

Majlis Aqiqah anak Khairuddin

Saturday, March 7, 2009



bersama Mama

sebelum dicukur rambutnya
sedang dalam proses
ok..siap!
Cute gitu...

Read more...

Ayuh, semarakkan Himpunan 100,000 Mansuhkan PPSMI esok!

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) - Demi memastikan kedaulatan Bahasa Melayu dijunjung sekaligus membantah dasar Pengajaran & Pembelajaran Sains Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang jelas mengundang '1001 masalah' kepada para pelajar khususnya di luar bandar, orang ramai diseru untuk sama-sama menyatakan sokongan dan menyertai 'Himpunan Aman 100,000 Mansuhkan PPSMI' esok (7 Mac ).

Menurut Setiausaha Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) Hasni Abas, perhimpunan akan diadakan di tiga lokasi bermula 2.00 petang iaitu Pusat Perniagaan SOGO, Central Market dan Masjid Negara yang kemudiannya berarak ke Istana Negara untuk serahan memorandum.

"Bagi memudahkan perjalanan himpunan ini maka semua peserta digalakkan menggunakan kenderaan awam untuk hadir dalam himpunan ini. Peserta dikehendaki berada di lokasi yang telah ditetapkan pada jam 2 petang.

"Kawalan keselamatan akan dibantu oleh pihak polis dan Unit Amal seluruh negara. Permit himpunan telah dipohon kepada Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara. Peserta adalah dilarang sama sekali membawa barang-barang yang berbahaya seperti senjata, peralatan tajam dan lain-lain lagi. Sebarang simbol parti juga tidak dibenarkan," katanya dalam satu kenyataannya sebelum ini

Pimpinan yang akan turut sama dalam himpunan ini adalah Sasterawan Negara, Dato' A.Samad Said, Dato' Dr Hassan Ahmad, Dr Shaharil Mohamad Zain, Prof Emeritus Abdullah Hasaan, Prof Emeritus Dato'; Nik Safiah Karim, dan diikuti pemimpin terkenal Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan ramai lagi.

Warna tema himpunan pada hari tersebut ialah 'putih' dan peserta digalakkan menggunakan baju putih yang melambangkan pembersihan terhadap PPSMI, katanya.

"GMP telah mendapat sokongan terbaharu daripada Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa & Guru Nasional (PIBGN) yang mempunyai 8000 persatuan PIBG di seluruh negara. Pihak Suara Rakyat Malaysia(SUARAM) yang mempunyai 25 buah persatuan gabungan juga telah turut sama menyokong GMP.

"GMP penuh berkeyakinan bahawa 100,000 rakyat Malaysia akan berkumpul di hadapan Istana Negara seperti yang telah dirancang," katanya.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP